Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2026

MA63: Kenapa Tembak Salah Orang

Dalam polemik berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya isu pertindihan kuasa antara PETROS dan PETRONAS termasuk Sabah, satu kekeliruan besar sedang dibina terutama di ruang media sosial. Ramai tiba-tiba menjadi pakar perundangan. Kelompok ini menyerang salah orang. Sasaran kritikan tersasar dan akhirnya pembawa mesej yang ditembak, sedangkan punca kuasa berada di tempat lain. PETRONAS tidak berada di bawah mana-mana kementerian, sebaliknya berada terus di bawah Perdana Menteri. Struktur ini bukan rahsia dan telah lama menjadi kerangka tadbir urus industri minyak dan gas negara. Maka, apabila seorang menteri menjawab soalan berkaitan PETRONAS bagi pihak kerajaan, ia tidak secara automatik menjadikan isu itu tanggungjawab kementeriannya. Isu ini timbul susulan jawapan bertulis di Parlimen oleh Datuk Seri Azalina Othman Said bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju. Soalan tersebut meminta penjelasan mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan ...

Baik Jual Kepada Kelab Isteri? – Datuk Talahah

Suasana politik dan pentadbiran di Terengganu kembali panas apabila isu penjualan tanah milik rakyat yang sebelum ini dianggap sudah “ditutup buku” muncul semula.  Kali ini, ia bukan sekadar bisik-bisik netizen tetapi dikaitkan dengan perkembangan siasatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan mula menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rentetan itu, beberapa urus niaga tanah milik rakyat di Kuala Terengganu dan Marang kembali dipersoalkan oleh rakyat. Seorang berpengaruh pro PAS di Kuala Terengganu, Datuk Talahah, secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap apa yang sedang berlaku. Menurut beliau, skandal penjualan tanah ini tidak seharusnya dibangkitkan semula jika tiada perkara baharu, namun perkembangan siasatan di Kuala Lumpur telah membuka semula luka lama. Dakwaan yang beredar menyebut bukan satu, tetapi tiga lot tanah, termasuk di Marang terlibat dalam urus niaga yang menimbulkan tanda tanya. Terdapat dakwaan bahawa tanah yang asalny...