Skip to main content

MA63: Kenapa Tembak Salah Orang

Dalam polemik berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya isu pertindihan kuasa antara PETROS dan PETRONAS termasuk Sabah, satu kekeliruan besar sedang dibina terutama di ruang media sosial. Ramai tiba-tiba menjadi pakar perundangan.

Kelompok ini menyerang salah orang. Sasaran kritikan tersasar dan akhirnya pembawa mesej yang ditembak, sedangkan punca kuasa berada di tempat lain. PETRONAS tidak berada di bawah mana-mana kementerian, sebaliknya berada terus di bawah Perdana Menteri. Struktur ini bukan rahsia dan telah lama menjadi kerangka tadbir urus industri minyak dan gas negara. Maka, apabila seorang menteri menjawab soalan berkaitan PETRONAS bagi pihak kerajaan, ia tidak secara automatik menjadikan isu itu tanggungjawab kementeriannya.

Isu ini timbul susulan jawapan bertulis di Parlimen oleh Datuk Seri Azalina Othman Said bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju. Soalan tersebut meminta penjelasan mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan laut wilayah Sarawak serta bagaimana rundingan MA63 menangani pertindihan kuasa antara PETROS dan PETRONAS.

Penting untuk difahami, jawapan tersebut adalah jawapan bertulis bagi pihak kerajaan selaras dengan amalan Parlimen. Ia bukan jawapan dasar peribadi kementerian dan bukan juga petunjuk bahawa PETRONAS berada di bawah bidang kuasa Datuk Seri Azalina. Malah berbeza dengan kebiasaan apabila Datuk Seri Azalina tidak menjawab secara bersemuka, ia menunjukkan bahawa isu tersebut tidak berada dalam lingkungan tanggungjawab langsung kementeriannya, sebaliknya melibatkan struktur kuasa lebih tinggi. Anda perhatikan apabila isu berkaitan dengan kementeriannya maka Datuk Seri Azalina akan berdiri dan menjawab secara bersemuka.

Menjadikan beliau sasaran serangan politik atau emosi bukan sahaja tidak adil malah tindakan tersebut akan mengaburkan lagi isu sebenar. Dalam isu sebesar MA63, kegagalan mengenal pasti ‘locus kuasa’ atau kuasa sebenar hanya akan melemahkan perbincangan dan merugikan kepentingan negeri-negeri terlibat.

Perlu diingat, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengambil pendirian yang jelas dan konsisten. Beliau menegaskan bahawa isu berkaitan sumber minyak dan gas di bawah MA63 tidak akan diulas secara politik, sebaliknya diserahkan sepenuhnya kepada proses kehakiman. Ini menunjukkan kesedaran bahawa isu tersebut bersifat perlembagaan dan undang-undang, bukan retorik politik jangka pendek.

Jadi, isu sebenarnya bukanlah siapa yang membaca jawapan di Parlimen tetapi siapa yang mempunyai kuasa membuat keputusan dan di mana ruang lingkup yang sah untuk menyelesaikan pertikaian ini.

Menyerang individu yang sekadar menyampaikan pendirian kerajaan bukan tanda keberanian dan kebijakan politik sebaliknya mencerminkan keengganan berdepan dengan struktur kuasa sebenar.

Dalam isu MA63 jika mahu menuntut hak, tembak sasaran yang sebenar dan bukan pembawa mesej. Jika tidak kita hanya akan terus bertekak dalam hiruk politik tanpa penyelesaian sementara isu pokok kekal tidak disentuh.

Comments

Popular posts from this blog

Baik Jual Kepada Kelab Isteri? – Datuk Talahah

Suasana politik dan pentadbiran di Terengganu kembali panas apabila isu penjualan tanah milik rakyat yang sebelum ini dianggap sudah “ditutup buku” muncul semula.  Kali ini, ia bukan sekadar bisik-bisik netizen tetapi dikaitkan dengan perkembangan siasatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan mula menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rentetan itu, beberapa urus niaga tanah milik rakyat di Kuala Terengganu dan Marang kembali dipersoalkan oleh rakyat. Seorang berpengaruh pro PAS di Kuala Terengganu, Datuk Talahah, secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap apa yang sedang berlaku. Menurut beliau, skandal penjualan tanah ini tidak seharusnya dibangkitkan semula jika tiada perkara baharu, namun perkembangan siasatan di Kuala Lumpur telah membuka semula luka lama. Dakwaan yang beredar menyebut bukan satu, tetapi tiga lot tanah, termasuk di Marang terlibat dalam urus niaga yang menimbulkan tanda tanya. Terdapat dakwaan bahawa tanah yang asalny...

Terkini: Dana Pilihan Raya RM300 Juta Milik GRS Sudah Tiba di Sabah?

Benarkah ini demokrasi atau pesta beli undi? Tular sekeping gambar beberapa individu bergaya di hadapan jet peribadi sambil mengheret enam beg besar yang didakwa berisi wang tunai dalam pelbagai mata wang termasuk Dolar Amerika. Lebih mengejutkan, rombongan ini dikatakan diketuai oleh seorang “jeneral pilihan raya” import dari Taiwan yang akan berkampung di Sabah sehingga selesai PRN Sabah ke-17. Menurut maklumat dalaman Geng Rasuah Sabah, wang tunai bernilai RM300 juta ini bukan sumbangan amal, tetapi “hadiah istimewa” daripada salah satu kontraktor Pan Borneo, projek mega yang sering dikaitkan dengan ketirisan. Lebih panas, sumber mendakwa ini baru fasa pertama. Fasa kedua dan seterusnya akan menyusul selepas pengumuman calon serta ketika tempoh kempen, kononnya untuk memastikan jentera parti GRS terus bergerak dengan “minyak pelincir” tersebut dan fasa seterusnya adalah untuk membeli jiwa pengundi di mana GRS bakal bertanding. Jika benar, jelaslah pilihan raya ini bukan lagi medan p...

TANGKAPAN KE ATAS ANAK ADUN PAS KAWASAN CHENOR BERKAIT KESALAHAN ROGOL?

1. Kejadian rogol melibatkan seorang pelajar perempuan Melayu berusia 16 tahun dari Kolej Vokasional Chenor, Maran telah menyusuli satu laporan Polis diibuat oleh ibu mangsa pada 20 Mac 2026 jam 1201. Aduan sepertimana Chenor Rpt. 102/26. 2. Kejadian berlaku pada 13 Mac 2026 sekitar jam 0600, apabila mangsa iaitu Ummul Ayuni Atiqah binti Mohd Khamis mengikut rakannya, Faidhur Rahman bin Mujibur Rahman yang merupakan anak kepada ADUN PAS Kawasan Chenor ke sebuah rumah pekerja di Kg. Baru Chenor, Maran. Apabila tiba di lokasi, anak wakil rakyat itu dikatakan telah memaksa mangsa melakukan hubungan seks bersamanya di sebuah bilik dalam rumah berkenaan. 3. Berikutan aduan yang diterima, JSJ IPD Maran telah membuat tangkapan ke atas suspek pada jam 2230. Semakan awal mendapati suspek berusia 18 tahun dan merupakan seorang penganggur. Kes diklasifikasikan di bawah Sek 376 KK (Rogol).