Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2026

BALAK HABIS DITARAH, KINI GILIRAN MINYAK! TAPI UNTUK SIAPA?

Kita ada MA63, kita ada hak ke atas sumber alam sendiri. Sarawak adalah penyumbang terbesar petroleum negara – RM285.4 bilion (2018-2024), hampir 37% daripada keseluruhan RM775.2 bilion Malaysia. Ekonomi negeri tumbuh mantap, GDP 2024 RM148.2 bilion, revenue negeri rekod RM14 bilion lebih. Tapi kenapa kadar kemiskinan kita masih 8.4%–10.8% (2024 DOSM) lebih tinggi dari purata negara 5.1%? Kenapa lebih 104,000 orang masih miskin? Sebab kekayaan tak sampai ke rumah panjang, kampung pedalaman, dan pesisir Melanau. Jalanraya masih berlubang, air paip tak ada di ratusan kampung, elektrik putus-putus bila hujan lebat. Kemiskinan multidimensional masih tebal di kalangan Dayak, Orang Ulu, dan komuniti asal, pendidikan, kesihatan, peluang kerja terhad. Kita orang Sarawak? Hanya janji dan naratif “salahkan orang luar”. Semua ini adalah naratif yang sengaja dicipta oleh pemimpin kita untuk menutup kesilapannya. Ini bukan kemajuan. Ini penipuan besar. Pemimpin kita boleh beli private jet dan rumah...