Skip to main content

BALAK HABIS DITARAH, KINI GILIRAN MINYAK! TAPI UNTUK SIAPA?

Kita ada MA63, kita ada hak ke atas sumber alam sendiri. Sarawak adalah penyumbang terbesar

petroleum negara – RM285.4 bilion (2018-2024), hampir 37% daripada keseluruhan RM775.2 bilion Malaysia.

Ekonomi negeri tumbuh mantap, GDP 2024 RM148.2 bilion, revenue negeri rekod RM14 bilion lebih. Tapi kenapa kadar kemiskinan kita masih 8.4%–10.8% (2024 DOSM) lebih tinggi dari purata negara 5.1%?

Kenapa lebih 104,000 orang masih miskin? Sebab kekayaan tak sampai ke rumah panjang, kampung pedalaman, dan pesisir Melanau. Jalanraya masih berlubang, air paip tak ada di ratusan kampung, elektrik putus-putus bila hujan lebat.

Kemiskinan multidimensional masih tebal di kalangan Dayak, Orang Ulu, dan komuniti asal, pendidikan, kesihatan, peluang kerja terhad.

Kita orang Sarawak? Hanya janji dan naratif “salahkan orang luar”. Semua ini adalah naratif yang sengaja dicipta oleh pemimpin kita untuk menutup kesilapannya.

Ini bukan kemajuan. Ini penipuan besar. Pemimpin kita boleh beli private jet dan rumah overseas, tapi rakyat masih bergelut seperti rakyat negara dunia ketiga di tanah yang sepatutnya jadi permata Borneo merdeka.

Kemana duit balak? Siapa yang kaya... Pemimpin Sarawak jadi gila tuntut duit minyak.... Ke mana akan mengalirnya duit ini nanti? Masuk saku rakyat atau sesetengah pemimpin saja...

Masa untuk orang Sarawak, sebagai satu bangsa Sarawak – Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau, Cina, India, semua anak Kenyalang – bangkit dan tuntut akauntabiliti.

Kekayaan negeri untuk rakyat negeri, bukan untuk gaya hidup segelintir pemimpin elit. Sarawak untuk Sarawakian! Jangan biar warisan kita dirampas diam-diam.

Sudah berpuluh tahun kita rakyat Sarawak dikhianati oleh pemimpin kita sendiri.

Menuding jari kepada MALAYA adalah racun yang disuapkan ke dalam otak kita.

Comments

Popular posts from this blog

Ada yang tidak kena dengan senarai calon PRN Johor - Puad Zarkashi

Datuk DrPuad Zarkashi, jangan lah mengugut-ugut, menekan-nekan parti kita kalau tak dapat apa yang Datuk mahu. Saya teringat dulu Datuk nak jadi calon zaman DS Najib Razak Presiden UMNO, Datuk buat taktik sama juga mengugut-ugut parti. Last-last jadi Ketua Pengarah JASA juga. Last-last kita kalah juga dalam PRU14 akibat serangan persepsi yang gagal ditangani. Datuk cakap nak bersara, bersaralah. Jangan ingat DUN Rengit ni wilayah pemerintahan Datuk dan perlu diturunkan takhta kepada waris pula. Datuk lagi lama dalam parti UMNO sudah tentu Datuk tahu ada hierarki yang perlu diikuti. Saya ni, Datuk. AJK Pemuda Bahagian (menang dengan undian tertinggi untuk kategori satu Cai). Bukan lantikan. Namun, saya tak pula demand nak jadi calon dalam pilihanraya sebab sedar masih lagi ada KB, TKB, NKB, Ketua-ketua sayap bahagian lagi. Ini UMNO, Datuk. Bukan parti anak beranak macam PKR. Lagipun, saya difahamkan Datuk boleh kekal jadi Speaker DUN Johor walaupun tak bertanding di Rengit. Namun, Datuk...

Baik Jual Kepada Kelab Isteri? – Datuk Talahah

Suasana politik dan pentadbiran di Terengganu kembali panas apabila isu penjualan tanah milik rakyat yang sebelum ini dianggap sudah “ditutup buku” muncul semula.  Kali ini, ia bukan sekadar bisik-bisik netizen tetapi dikaitkan dengan perkembangan siasatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan mula menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rentetan itu, beberapa urus niaga tanah milik rakyat di Kuala Terengganu dan Marang kembali dipersoalkan oleh rakyat. Seorang berpengaruh pro PAS di Kuala Terengganu, Datuk Talahah, secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap apa yang sedang berlaku. Menurut beliau, skandal penjualan tanah ini tidak seharusnya dibangkitkan semula jika tiada perkara baharu, namun perkembangan siasatan di Kuala Lumpur telah membuka semula luka lama. Dakwaan yang beredar menyebut bukan satu, tetapi tiga lot tanah, termasuk di Marang terlibat dalam urus niaga yang menimbulkan tanda tanya. Terdapat dakwaan bahawa tanah yang asalny...

Terkini: Dana Pilihan Raya RM300 Juta Milik GRS Sudah Tiba di Sabah?

Benarkah ini demokrasi atau pesta beli undi? Tular sekeping gambar beberapa individu bergaya di hadapan jet peribadi sambil mengheret enam beg besar yang didakwa berisi wang tunai dalam pelbagai mata wang termasuk Dolar Amerika. Lebih mengejutkan, rombongan ini dikatakan diketuai oleh seorang “jeneral pilihan raya” import dari Taiwan yang akan berkampung di Sabah sehingga selesai PRN Sabah ke-17. Menurut maklumat dalaman Geng Rasuah Sabah, wang tunai bernilai RM300 juta ini bukan sumbangan amal, tetapi “hadiah istimewa” daripada salah satu kontraktor Pan Borneo, projek mega yang sering dikaitkan dengan ketirisan. Lebih panas, sumber mendakwa ini baru fasa pertama. Fasa kedua dan seterusnya akan menyusul selepas pengumuman calon serta ketika tempoh kempen, kononnya untuk memastikan jentera parti GRS terus bergerak dengan “minyak pelincir” tersebut dan fasa seterusnya adalah untuk membeli jiwa pengundi di mana GRS bakal bertanding. Jika benar, jelaslah pilihan raya ini bukan lagi medan p...