Skip to main content

Terkini: Dana Pilihan Raya RM300 Juta Milik GRS Sudah Tiba di Sabah?


Benarkah ini demokrasi atau pesta beli undi?

Tular sekeping gambar beberapa individu bergaya di hadapan jet peribadi sambil mengheret enam beg besar yang didakwa berisi wang tunai dalam pelbagai mata wang termasuk Dolar Amerika.

Lebih mengejutkan, rombongan ini dikatakan diketuai oleh seorang “jeneral pilihan raya” import dari Taiwan yang akan berkampung di Sabah sehingga selesai PRN Sabah ke-17.

Menurut maklumat dalaman Geng Rasuah Sabah, wang tunai bernilai RM300 juta ini bukan sumbangan amal, tetapi “hadiah istimewa” daripada salah satu kontraktor Pan Borneo, projek mega yang sering dikaitkan dengan ketirisan.

Lebih panas, sumber mendakwa ini baru fasa pertama. Fasa kedua dan seterusnya akan menyusul selepas pengumuman calon serta ketika tempoh kempen, kononnya untuk memastikan jentera parti GRS terus bergerak dengan “minyak pelincir” tersebut dan fasa seterusnya adalah untuk membeli jiwa pengundi di mana GRS bakal bertanding.

Jika benar, jelaslah pilihan raya ini bukan lagi medan perjuangan idea, tetapi pesta mewah membeli kuasa.



Comments

Popular posts from this blog

Baik Jual Kepada Kelab Isteri? – Datuk Talahah

Suasana politik dan pentadbiran di Terengganu kembali panas apabila isu penjualan tanah milik rakyat yang sebelum ini dianggap sudah “ditutup buku” muncul semula.  Kali ini, ia bukan sekadar bisik-bisik netizen tetapi dikaitkan dengan perkembangan siasatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan mula menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rentetan itu, beberapa urus niaga tanah milik rakyat di Kuala Terengganu dan Marang kembali dipersoalkan oleh rakyat. Seorang berpengaruh pro PAS di Kuala Terengganu, Datuk Talahah, secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap apa yang sedang berlaku. Menurut beliau, skandal penjualan tanah ini tidak seharusnya dibangkitkan semula jika tiada perkara baharu, namun perkembangan siasatan di Kuala Lumpur telah membuka semula luka lama. Dakwaan yang beredar menyebut bukan satu, tetapi tiga lot tanah, termasuk di Marang terlibat dalam urus niaga yang menimbulkan tanda tanya. Terdapat dakwaan bahawa tanah yang asalny...

Dana Pilihan Raya RM300 Juta Belum Sampai Lagi – Pegawai Parti

Sumber dalaman bilik operasi GRS mendedahkan rancangan aliran dana besar berjumlah RM300 juta yang dijangka masuk ke Sabah dalam tempoh seminggu selepas pembubaran DUN. Menurut maklumat yang diperolehi, dana ini dibahagikan kepada dua fasa: 1. Fasa Pertama: Agihan kepada jentera parti bagi menggerakkan kempen. 2. Fasa Kedua: Agihan terus kepada pengundi setia GRS, sekitar seminggu sebelum hari mengundi. “Setiap pengundi setia dijanjikan RM1,500 seorang. Jangan risau, ini bukan rasuah. Duit ini datang daripada kontraktor Pan Borneo yang juga ada perniagaan di Taiwan,” katanya lagi. Lebih mengejutkan, mereka turut merancang laluan masuk dana melalui lapangan terbang Kota Kinabalu yang didakwa lebih selamat dan bebas daripada pengawasan pihak berkuasa. Pendedahan ini menimbulkan persoalan besar adakah pilihan raya negeri Sabah ke-17 bakal dicemari politik wang paling besar dalam sejarah Sabah?