Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2026

Ada yang tidak kena dengan senarai calon PRN Johor - Puad Zarkashi

Datuk DrPuad Zarkashi, jangan lah mengugut-ugut, menekan-nekan parti kita kalau tak dapat apa yang Datuk mahu. Saya teringat dulu Datuk nak jadi calon zaman DS Najib Razak Presiden UMNO, Datuk buat taktik sama juga mengugut-ugut parti. Last-last jadi Ketua Pengarah JASA juga. Last-last kita kalah juga dalam PRU14 akibat serangan persepsi yang gagal ditangani. Datuk cakap nak bersara, bersaralah. Jangan ingat DUN Rengit ni wilayah pemerintahan Datuk dan perlu diturunkan takhta kepada waris pula. Datuk lagi lama dalam parti UMNO sudah tentu Datuk tahu ada hierarki yang perlu diikuti. Saya ni, Datuk. AJK Pemuda Bahagian (menang dengan undian tertinggi untuk kategori satu Cai). Bukan lantikan. Namun, saya tak pula demand nak jadi calon dalam pilihanraya sebab sedar masih lagi ada KB, TKB, NKB, Ketua-ketua sayap bahagian lagi. Ini UMNO, Datuk. Bukan parti anak beranak macam PKR. Lagipun, saya difahamkan Datuk boleh kekal jadi Speaker DUN Johor walaupun tak bertanding di Rengit. Namun, Datuk...