Poster yang sedang beredar menimbulkan di laman media sosial mengundang pertanyaan, benarkah Hamzah Zainudin berunding secara senyap dengan PH demi mendapatkan jawatan Menteri Dalam Negeri? Visual poster itu jelas dibina untuk mencetuskan kecurigaan. Mesejnya mudah tetapi tajam, adakah kerjasama yang diumumkan kepada rakyat hanya berlaku di atas pentas, sedangkan percaturan lain sedang berlangsung di belakang tabir? Persoalan ini tidak boleh dipandang ringan kerana seluruh persefahaman BN-PN di Negeri Sembilan bergantung pada kepercayaan. Penyokong kedua-dua gabungan diminta mengetepikan perbezaan, menerima strategi pembahagian kerusi dan menyatukan undi bagi menewaskan PH. Namun, bagaimana jentera BN mahu mempertahankan kerjasama tersebut sekiranya muncul dakwaan bahawa pemimpin utama PN sedang membuka saluran rundingan dengan pihak yang sedang mereka lawan? Jika dakwaan itu benar, isu ini bukan lagi sekadar perbezaan strategi. Ia boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap se...